Tuesday, 19 August 2014

Sakti

Tergantung rasa berpaut mimpi
Terhuyung kiri dek hembusan hati
Terapung tinggi jauh menjejak kaki.
Perih.

Jadi ini khabar katanya ilusi, aku mahu lepas, berikan sedikit sakti
Peritnya kuat lantas menyeret jauh dari realiti
Sakit.

Aku mahu lepas, aku mahu terbang
Aku mahu bebas, aku mahu bernafas
Mohon ! Pasakkan aku walau siksa terasa
Untuk berhenti dari gantung yang menyiksa
Siksa.

Enggan aku kira satu satu nanti
Serpihan jantung yang dihempuk beluti
Takut dimaki insan yang duduknya tinggi
Walau kata mereka tiada erti.

Mohon, aku mahu sakti.

::ElJoe::

No comments:

Post a Comment