Wednesday, 20 August 2014

Catatan : Hilang

-- Diri, aku rindukan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti

-- Diri, aku mahu mencari kelibat bayang yang telah pergi

-- Diri, bawa aku lewat denai-denai zaman lalu

-- Diri, mahukah kau teman aku mencari secebis mimpi

Kadangkala, dialog-dialog tanpa jawapan begitu, sering aku tanyakan pada diri sendiri, dan cuba mengharap yang ia akan terjawab suatu hari nanti.

Bilamana hati aku berada pada tahap tingkatan yang paling rendah -- bawah. Pada masa itu, aku akan mula bertanya, apa yang tiada.

Mencari yang hilang itu payah. Sukar.

-- Bila apa yang hilang itu adalah diri sendiri.

::Syamil::

No comments:

Post a Comment