Tuesday 19 August 2014

Beda

Ada insan disana sedang jemu merasa setiap jenis teh yang disedia.
Sedang aku disini
hanya mampu menghirup secangkir teh yang dicampur pewangi dan penambahperasa.

Ada insan disana sedang jelik untuk meneroka setiap pelusuk negeri di dunia.
Sedang aku disini
hanya mampu bersandarkan bangku kayu yang dibina oleh orang tua.

Ada insan disana sedang sibuk memikirkan apa yang belum dimilikinya.
Sedang aku disini
hanya mampu bermain boneka murahan yang dijual di gedung aneka.

Ada insan disana sedang tidak puas hidup di dunia.
Sedang aku disini
seharian menitiskan airmata mengenangkan setiap dosa.

Ada insan disana sedang tidak peduli akan peduli.
Sedang aku disini
mencari setiap celahan ruang kosong untuk dikasihi.

Namun tidak mengapa.
Kerana kebahagiaan itu
bukan terletak pada apa yang kita rasa.
Tetapi kebahagiaan itu
terletak pada tahap syukur yang sempurna.

::ToriqZiyad::

No comments:

Post a Comment