Wednesday, 20 August 2014

Sahabat

Sahabat
Perginya engkau hari ini
Bukanlah titik pisah untuk kita
Aku tahu kau masih di sini
Melihat sedih perih kami
Menghantar engkau pergi
Ke alam sebelah sana

Sahabat
Seteguh mana tubir mata diempang
Tetap terlalu lemah untuk sebuah kehilangan
Sekuat mana pasak semangat di dada
Tetap runtuh saat kau dikambus bumi

Santunmu masih kurasakan
Budimu masih kukenangi
Keletahmu masih segar mengusik minda
Bagaimana melepaskan tidak menjadi berat?
Ini kedukaan bukan sahaja pada kami
Malah kepada alam yang meredupi
Saat nafasmu terhenti di kerongkong

Pergilah engkau menemuiNya
Aku tahu insan sebaik engkau
Kini nyaman didakap rahmatNya
Pergilah engkau bersama doa
Engkau masih selamanya di hati kami
Tenang sahabatku
Syurga Ilahi sentiasa terbuka untukmu
kita pasti berjumpa lagi
Di suatu masa yang masih dirahsiakan

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Adi Iqmal bin Yahya (1992-2014)

::IkaKatimin::

No comments:

Post a Comment