Manusia politik,
Manusia manifesto,
Tangan-tangan terbalut dusta,
kantung berisi bom waktu
Merompak wang rakyat;
sedang ria menjulang todi
Bau hamis
Hancing
Tengik
Sebuah negeri yang merdeka.
Negeri aku kah ini?
::Kerul::
Manusia politik,
Manusia manifesto,
Tangan-tangan terbalut dusta,
kantung berisi bom waktu
Merompak wang rakyat;
sedang ria menjulang todi
Bau hamis
Hancing
Tengik
Sebuah negeri yang merdeka.
Negeri aku kah ini?
::Kerul::
Dalam mimpi aku bermimpi
Mulut bersiul lagu-lagu ngeri
Berzikir nama-nama suci di dalam hati
Kecewa, amarah merasuk diri
Dalam mimpi aku bermimpi
Kembali hidup selepas mati
Masih berdiri di negeri ngeri
Aku bingung, mahu kembali mati
Dalam mimpi aku bermimpi
Menyoal pada diri sendiri
Apakah gagak masih meraja
Apakah merpati masih terseksa
Dalam mimpi aku bermimpi
Usung bangkai-bangkai busuk
Dalam mimpi aku bermimpi
Bakar nyawa-nyawa hidup
Aku bangun dari mimpi
Masih lagi harmoni
Gagak masih bersama takhta
Merpati kian mati terseksa
::AzwanHussaini::